Welcome to Perlis Indera Kayangan

Feel the uniqueness of northern jewels of Malaysia. Perlis Indera Kayangan.

Tasik Melati

From the legend of a girl named Melati.

Kota Kayang Archaeological Museum

Displayed historical related to state of Perlis, the Royal Family, State Leaders.

Rich in food

Experience the unique taste of traditional food, fresh seafood, crops like Harumanis. Various flavors and variety of the menu.

Perlis State Goverment Building

Inspired by the Federal Government Administrative Centre, Putrajaya.

6 Disember 2012

Tarian Canggung



“Ala canggung, makcik pakcik canggung, canggung canggung la la li la leh”
Alunan lagu Canggung pastinya mengasyikkan, apatah lagi jika didendangkan dengan pantun-pantun Melayu lama.

Tarian Canggung merupakan tarian identiti Negeri Perlis.Tarian ini mula diperkenalkan dalam masa pendudukan Jepun sekitar tahun 1941. Ia mula dipersembahkan oleh dua orang penari adik beradik, Che Lian dan Che Intan, dalam satu pesta hiburan bagi tentera Jepun dan orang ramai yang diadakan di Bandar Kangar. Mulai daripada persembahan ini berkembanglah Canggung ke seluruh Negeri Perlis dan seterusnya menjadi tarian yang masyhur.

Asal usul tarian Canggung adalah menerusi tarian Rambong atau Makyong Laut yang telah ditokok tambah oleh masyarakat Negeri Perlis sehinggalah dikenali sebagai tarian Canggung. Maka, budaya masyarakat merekalah yang memperkenalkan tarian Canggung kepada masyarakat Melayu di Negeri Perlis pada waktu itu. Perkataan "CANGGUNG" berasal dari bahasa Thai iaitu "TANGGUNG" yang bermaksud menari. Variasi tarian Canggung samalah dengan Ronggeng, akan tetapi mempunyai nilainya tersendiri. Keasliannya terletak kepada nyanyiannya secara berbalas pantun. Pantun pembukaan juga merupakan pantun wajibnya seperti berikut:

Nasi kuning gulai  ayam,
Singgah makan di Batas Lintang,
Senget topi berjalan malam,
Abang nak cari si sanggul lentang,


Tarian ini akan ditarikan selepas musim menuai untuk mengisi masa lapang para petani di mana masyarakat Negeri Perlis bergantung sepenuhnya dengan sawah padi. Selain itu, tarian Canggung juga dipersembahkan sewaktu festival ataupun upacara perkahwinan. Pantun yang dinyanyikan oleh penari Canggung lebih berbentuk mengusik dan berjenaka. Kebiasaannya, pantun yang dihasilkan adalah berkisarkan tentang pertanian khususnya melibatkan kerja-kerja penanaman sawah padi.

Tarian ini melibatkan dua hingga lapan orang puteri yang berpasangan dengan lelaki di mana setiap pasangan akan menyanyi secara berbalas pantun mengikut rentak dan irama lagu sambil menari Canggung. Biasanya, puteri Canggung memakai baju Kurung Kedah dengan kain batik yang dihiasi bunga di sanggul dan memegang sapu tangan ketika menari.

Setiap persembahan Canggung akan diiringi oleh kumpulan muzik dengan menggunakan peralatan seperti anak rebana, gong, gendang dan gesekan biola yang dibawa masuk dari negara Siam. Tarian Canggung selalunya akan digandingkan dengan tarian Cinta Sayang, Mak Inang, Ayam Didik dan Makyong Laut.

Keunikan tarian Canggung adalah hasil gabungan daripada dua pengaruh dalaman iaitu negeri Perlis dan Kedah yang diubah oleh masyarakat tempatan serta pengaruh luar iaitu daripada negara Siam. Bak kata pepatah Melayu “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, itulah ungkapan yang paling sesuai bagi mempertahankan warisan Canggung di Malaysia supaya ianya tidak hilang ditelan zaman.