Welcome to Perlis Indera Kayangan

Feel the uniqueness of northern jewels of Malaysia. Perlis Indera Kayangan.

Tasik Melati

From the legend of a girl named Melati.

Kota Kayang Archaeological Museum

Displayed historical related to state of Perlis, the Royal Family, State Leaders.

Rich in food

Experience the unique taste of traditional food, fresh seafood, crops like Harumanis. Various flavors and variety of the menu.

Perlis State Goverment Building

Inspired by the Federal Government Administrative Centre, Putrajaya.

29 November 2012

Filem Pendek: Pasport Ekspress


Ali wants to be a filmmaker but he is feeling uninspired and pressured with other things that distracts him from pursuing his dreams. He decided to go back to his hometown, Perlis on a break which took him on a surreal time travel journey when he meets a fellow train passenger named Umar Ghazi who loves collecting vintage items. Will Ali get his mojo back in Arau and what is the connection with Umar, UFOs and Ahmad Jais?

A short film written & directed by Rewan Ishak for Astro My Hometown Channel to celebrate his hometown, Perlis this Merdeka Day.


Gubahan Bunga 1Malaysia Antara Acara Sempena Pesta 'Loy Kratong' Di Perlis




KANGAR, 28 Nov (Bernama) -- Pertandingan gubahan bunga krathong 1Malaysia menggunakan sumber tradisional bakal memeriahkan festival Loy Krathong yang bakal berlangsung di Jejawi dekat sini, 2 Dis ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur festival Datuk Siw Chun a/p Eam berkata pertandingan itu terbuka kepada semua kaum dan para peserta boleh menggunakan kreativiti tersendiri pada gubahan masing-masing.

Bercakap kepada Bernama beliau berkata para peserta tidak dibenarkan menggunakan bahan moden termasuk jarum peniti bagi melekatkan gubahan bunga berkenaan sebaliknya hanya boleh menggunakan lidi bagi menghiasinya.

"Kami menyediakan hadiah kepada pemenang tetapi belum dapat mengumumkan nilai atau bentuk hadiah itu," katanya di sini, Rabu.

Loy Krathong yang disambut setiap bulan mengambang pada bulan 12 mengikut kalendar Siam dan di Perlis ia menjadi acara tahunan yang disambut masyarakat keturunan Siam di sini, selain pesta Songkran.




28 November 2012

Gua Kelam, Perlis (Cave of the Darkness, Perlis)

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Setul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008 di bawah Seksyen 10(1)Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1987. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit sejauh 500 meter.

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mendapat peruntukan sebanyak RM 9 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan (RMKe-8) dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk membangunkan kawasan Gua Kelam dan menjadikannya sebagai Muzium Semulajadi untuk aktiviti pembelajaran. Operasi Gua Kelam bermula pada pertengahan tahun 2007 dan dibuka sepenuhnya kepada umum pada 1 Januari 2008.

Gua Kelam terkenal kepada umum bermula dengan penemuan bijih timah bermutu tinggi di dalam gua oleh pelombong-pelombong cina di pertengahan abad yang lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Pelombong-pelombong terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.

Pengurusan Gua Kelam telah diletakkan dibawah Unit Taman Negeri ,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan beroperasi pada hari Selasa sehingga hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pada hari Isnin pula operasi Gua Kelam ditutup bagi menjalankan kerja-kerja penyelengaraan di dalam bangunan dan sekitar kawasan. Seramai 8 orang pekerja telah ditugaskan disini bagi memastikan perjalanan Gua Kelam berjalan lancar.

Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini semakin kerap dilawati oleh pelancong dalam dan luar negerayang tertarik dengan sejarah perlombongan dalam gua dan masih terpelihara. Sejumlah lebih 3000 pelawat telah dicatatkan hanya dalam masa dua bulan iaitu antara bulan Febuari dan Mac 2008. Sebagai tambahan, Gua Kelam menerima kehadiran 20 kumpulan pelawat daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke institut pengajian tinggi.

Para pelawat yang ingin ke sini boleh memandu kenderaan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan teksi dan bas dari Kangar terus ke Gua Kelam yang mengambil masa selama 30 minit. Kadar bayaran yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan dan murah.

Tarikan yang terdapat di Gua Kelam

Terdapat pelbagai tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah.

Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini.

Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini.

Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang.



Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis


BERKUNJUNG ke Perlis tidak lengkap tanpa mengunjungi Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kangar.

Sejarah bermula pada 1978 apabila Kementerian Kesihatan membangunkan sebuah pusat penyelidikan bagi menghasilkan penawar bisa ular.

Pada 1995, ia diambil alih Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dikomersialkan sebagai tarikan pelancongan.

Terdapat lebih 200 ular dari 54 spesies dalam dan luar negara di sini, antaranya jarang ditemui seperti Rattlesnake, "ular rusuk kerbau" dan "ular katam payung".

Di sini juga terdapat haiwan lain seperti biawak air, iguana, dan kura-kura selain buaya tembaga dan burung unta yang menjadi tarikan pengunjung.

Taman ini sering menjadi tempat bagi mengadakan pertunjukan ular antarabangsa termasuk ular tedung dan ular sawa.

Taman yang dikelilingi bukit batu kapur dan Hutan Simpan Bukit Bintang ini bukan saja memberi banyak manfaat ilmu berkaitan ular tetapi alam semula jadi.

Selepas mengunjungi taman ular ini, anda boleh bersantai atau mandi manda di air terjun Sungai Batu Pahat yang terletak berhadapan taman itu.

Taman yang terbesar di Asia Tenggara dan diiktiraf dalam buku Malaysia Book of Records ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Tiket RM 4 dikenakan kepada orang dewasa manakala kanak-kanak dikenakan RM1.

Di samping taman ular, pelawat berpeluang melawat ladang anggur, ladang herba dan pusat pembiakan lebah yang terletak berdekatan antara satu sama lain.


27 November 2012

Ads @ uniquelyperlis.blogspot.com for free

Kami mempelawa kepada pengusaha-pengusaha sekitar Negeri Perlis yang berminat untuk mengiklankan perniagaan anda di halaman 'facilities' blog ini mengikut kesesuaian perniagaan secara percuma. Keutamaan diberikan kepada pengusaha kraft tangan, makanan tradisi seperti nasi ulam, pekasam dan makanan lain bercirikan Perlis, hotel dan homestay, pengangkutan, agensi pelancongan dan lain-lain. 

Ringkas dan mudah. Cuma ikut langkah-langkah berikut.
  1. Sertai sebagai "followers" blog ini dengan klik pada "Google: Join This Site". Butang tersebut terdapat pada sebelah kanan blog ini.
  2. E-mailkan ke dkayent@gmail.com butiran berikut:-
  • Ruangan Subjek: uniquely perlis ads
  • Kemudahan: Hotel / Transport / Travel Agency / Restoran (pilih yang berkenaan)
  • Nama Perniagaan, alamat, nombor telefon dan maklumat ringkas lain yang sesuai.
Bagi anda yang berminat untuk mengiklankan sebarang iklan, akan diwujudkan beberapa ruang untuk pengiklanan berbayar. Kami akan maklumkan dari masa ke masa.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada kami di dkayent@gmail.com


We are inviting to the entrepreneurs around Perlis who are interested to advertise their business, as appropriate, on the 'facilities' page of this blog for free. Priority is given to handy craft operators, traditional food such as rice salad, preserved fish and other food featuring Perlis, hotels and homestays, transportation, travel agencies and others.

Simple and easy. Just follow the following steps.
  1. Join as "followers" of this blog by clicking on the "Google: Join This Site". The buttons are on the right side of this blog. 
  2. E-mail to dkayent@gmail.com following details: -
  • Subject column: perlis uniquely ads
  • Fasilities: Hotel / Transport / Travel Agency / Restaurant (choose as applicable)
  • Business name, address, phone number and other appropriate summary information.
For those of you who are interested to advertise any advertisements, will be created some space for paid advertising. We will notify from time to time.


For inquiries, please email us at dkayent@gmail.com


6 November 2012

Getting There



Getting to Perlis, The Northern Gem, is fairly easy. There are a few ways to get here. You can either choose to get there by Air, by Bus, by Rail, by Ferry or by Road (if you choose to drive there yourself).

Getting There by Air



There are no direct flights to Perlis as there is no airport in this tiny state. In fact, there is no need for an airport in Perlis due to the close proximity of this state to the Sultan Abdul Halim Airport in Alor Star, Kedah. Kangar, the capital of Perlis is situated about 45 minutes from the airport.

The Sultan Abdul Halim Airport in Alor Star receives daily flights from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) and LCCT. So, if you want to get to Perlis, all you need to do is to fly to the airport in Alor Star, and from there, take a taxi or a bus from the airport to Perlis.



Getting There by Bus



If you are coming from Kuala Lumpur, there are a many bus operators serving the KL-Kangar route. Most of  buses depart Kuala Lumpur from both Hentian Duta and Hentian Putra stations. They both arrive Kangar at the Hentian Jalan Bukit Lagi station. The journey takes approximately 8 hours.



Getting There by Rail


Another alternative to get to Perlis from Kuala Lumpur is by rail. Rail services are provided by Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

The North-South railway line passes through Arau, the royal seat of Perlis. You can board the KTM train from KL Sentral in Kuala Lumpur and alight the train at Arau or Padang Besar Station. The journey takes approximately 12 hours 15 minutes. Once you reach the railway station, simply catch a taxi to get to your desired destination.



Getting There by Ferry


If you are coming from Langkawi Island, you could get to Perlis by Ferry. These ferries provide scheduled crossings between Kuala Perlis and Langkawi and the journey takes about an hour.

The fare varies from RM 12 - RM 15 per person depending on the ferry operators. There are four ferry operators serving the Kuah - Kuala Perlis route. They are "Kuala Perlis Langkawi Ferry Service Sdn. Bhd.", "Samavest Sdn. Bhd.", "LADA Holdings Sdn. Bhd." and "Water Tour Development Sdn. Bhd."

These ferries also provide scheduled crossings between Kuala Perlis and Satun, Thailand.

The operation hours of the ferry is from 7:00 a.m. to 7:00 p.m.



Getting There by Road


If you're the type who enjoys driving, then you could choose to drive yourself to Perlis. Getting to Perlis from Kuala Lumpur is fairly easy.

From Kuala Lumpur, hit the North-South highway and keep on heading North. Along the way, you would be passing by exits such as Rawang, Tanjung Malim, Simpang Pulai, Kuala Kangsar, Bukit Merah, Bukit Tambun, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Gurun Alor Setar before reaching Changlun in Kedah. Take the Chuping/Padang Besar exit and from there, take the highway that leads to Kangar, the capital of Perlis.


Hope you enjoy your drive there!


4 November 2012

Perlis; Permai Lagi Istimewa


Floating Mosque | Masjid Al-Hussain Kuala Perlis

Perlis may be the smallest state in Malaysia, but it boasts a wealth of natural, cultural and historical splendors that rival the bigger states. You may be mesmerised by the many quaint villages, picturesque scenery and centuries-old traditions wherever you go. In short, Perlis is the perfect destination to head for if you prefer old world charm instead of the hustle and bustle of the city, where life is unhurried and the environment naturally fresh and crisp.

Perlis lies at the northwestern tip of the Malay Peninsula; bounded by Thailand in the north, and by Kedah to the east and south. Its western coastline borders the Straits of Melaka. It measures approximately 810 sq km and has a population of 217,480. The state capital is Kangar while Arau, 10km away, is the Royal town.

Although small in size, Perlis is not without its attractions, foremost among which is its serene beauty. Perlis, too, abounds with rustic rural scenes and rolling green fields of padi.

January to April the weather is generally warm and dry. Days are hot and windy but nights can become cold towards dawn. September to December is wet. The average annual rainfall is between 2,000 ml and 2,500 ml (80" to 100") and humidity is high throughout the year. Temperature varies little the year round, ranging from 21° C to 32° C.

Perlis mungkin negeri terkecil di Malaysia, tetapi ia juga mempunyai kekayaan sejarah, alam semulajadi, kebudayaan dan sejarah yang mampu menyaingi negeri-negeri yang lebih besar. Anda mungkin terpesona dengan suasana kampung, pemandangan yang indah dan tradisi berabad-abad lamanya di mana sahaja anda pergi. Secara ringkas, Perlis merupakan satu destinasi yang sesuai untuk anda lawati jika anda sukakan pesona dunia lama, bukannya hiruk-pikuk bandar, di mana kehidupan tenang dengan persekitaran semulajadi segar dan mudah.

Perlis terletak di hujung barat laut Semenanjung Tanah Melayu; disempadani oleh Thailand di utara, dan oleh Kedah ke timur dan selatan. Pantai baratnya bersempadan dengan Selat Melaka. Keluasannya kira-kira 810km persegi dan mempunyai penduduk seramai 217 480. Ibu negerinya Kangar manakala Arau, 10km jauhnya dari Kangar, adalah bandar Diraja.

Walaupun bersaiz kecil, Perlis tidak tanpa tarikan, sekali antaranya adalah keindahan dan ketenangan. Perlis, juga, dipenuhi dengan pemandangan desa luar bandar dan bidang hijau sawah padi.

Januari hingga April cuaca biasanya panas dan kering. Siangnya panas dan berangin tetapi malam boleh menjadi sejuk hingga ke subuh. September hingga Disember adalah musim hujan. Purata hujan tahunan adalah antara 2,000 ml dan 2,500 ml (80 "hingga 100") dan kelembapan adalah tinggi sepanjang tahun. Suhu berbeza sedikit sepanjang tahun, yang terdiri daripada 21 ° C hingga 32 ° C.

Jom Pi Peghelih: Under Construction





Welcome.

This blog will be filled with unique info of Perlis as a family tour destination full of peace and tranquility.

It will be filled with interesting places to visit, travel tips and various info for you to be comfortable breathe Perlis.

Please come again for a variety of useful information.

Do not forget, Jom Pi Peghelih.