Welcome to Perlis Indera Kayangan

Feel the uniqueness of northern jewels of Malaysia. Perlis Indera Kayangan.

Tasik Melati

From the legend of a girl named Melati.

Kota Kayang Archaeological Museum

Displayed historical related to state of Perlis, the Royal Family, State Leaders.

Rich in food

Experience the unique taste of traditional food, fresh seafood, crops like Harumanis. Various flavors and variety of the menu.

Perlis State Goverment Building

Inspired by the Federal Government Administrative Centre, Putrajaya.

Memaparkan catatan dengan label Visit Perlis Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Visit Perlis Malaysia. Papar semua catatan

20 Mac 2013

LIMA 2013


Langkawi International Maritime and Aerospace 2013 (LIMA 2013), yang akan berlangsung dari 26 hingga 30 Mac 2013, pasti mengujakan ramai rakyat Malaysia. Pameran ini yang berlangsung dalam cuti sekolah, pasti menarik minat ramai untuk berkunjung. Selain, mengikuti perkembangan teknologi, melihat pelbagai jentera pertahanan, komersial, dan pelbagai aktiviti yang menarik, anda juga berpeluang untuk memenuhi percutian anda dengan meneroka keunikan pelbagai destinasi pelancongan di Langkawi.

Apa kata, sempena LIMA 2013, anda luangkan sedikit masa dengan meneruskan percutian anda di Perlis Indera Kayangan. Dari Langkawi, anda boleh menaiki feri dari jeti Kuah ke Kuala Perlis. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati keindahan Gua Kelam, ketenangan Tasik Melati, kehijauan Ladang Tebu (kawasan terpanas di Malaysia), syurga membeli belah di Padang Besar, dan tidak ketinggalan kepelbagaian makanan yang ada dijual di sekitar negeri terkecil ini seperti makanan laut, tradisi dan pelbagai lagi.

Kami di Uniquely Perlis, sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke negeri Awang Batil ini dan sama-sama berkongsi keunikan kepelbagaian tempat-tempat yang ada.

Selamat bercuti.


21 Januari 2013

Promo: Kraft Malaysia 'Keunggulan Batik'

Promosi Kraf Malaysia 'Keunggulan batik'
Tarikh: 24-27 Januari 2013
Masa: 10.00 Pagi -10.00 Malam
Tempat: Kraftangan Perlis, Batu 5 Jalan Kuala Perlis

29 November 2012

Filem Pendek: Pasport Ekspress


Ali wants to be a filmmaker but he is feeling uninspired and pressured with other things that distracts him from pursuing his dreams. He decided to go back to his hometown, Perlis on a break which took him on a surreal time travel journey when he meets a fellow train passenger named Umar Ghazi who loves collecting vintage items. Will Ali get his mojo back in Arau and what is the connection with Umar, UFOs and Ahmad Jais?

A short film written & directed by Rewan Ishak for Astro My Hometown Channel to celebrate his hometown, Perlis this Merdeka Day.


Gubahan Bunga 1Malaysia Antara Acara Sempena Pesta 'Loy Kratong' Di Perlis




KANGAR, 28 Nov (Bernama) -- Pertandingan gubahan bunga krathong 1Malaysia menggunakan sumber tradisional bakal memeriahkan festival Loy Krathong yang bakal berlangsung di Jejawi dekat sini, 2 Dis ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur festival Datuk Siw Chun a/p Eam berkata pertandingan itu terbuka kepada semua kaum dan para peserta boleh menggunakan kreativiti tersendiri pada gubahan masing-masing.

Bercakap kepada Bernama beliau berkata para peserta tidak dibenarkan menggunakan bahan moden termasuk jarum peniti bagi melekatkan gubahan bunga berkenaan sebaliknya hanya boleh menggunakan lidi bagi menghiasinya.

"Kami menyediakan hadiah kepada pemenang tetapi belum dapat mengumumkan nilai atau bentuk hadiah itu," katanya di sini, Rabu.

Loy Krathong yang disambut setiap bulan mengambang pada bulan 12 mengikut kalendar Siam dan di Perlis ia menjadi acara tahunan yang disambut masyarakat keturunan Siam di sini, selain pesta Songkran.




28 November 2012

Gua Kelam, Perlis (Cave of the Darkness, Perlis)

Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Setul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008 di bawah Seksyen 10(1)Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1987. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit sejauh 500 meter.

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mendapat peruntukan sebanyak RM 9 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan (RMKe-8) dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk membangunkan kawasan Gua Kelam dan menjadikannya sebagai Muzium Semulajadi untuk aktiviti pembelajaran. Operasi Gua Kelam bermula pada pertengahan tahun 2007 dan dibuka sepenuhnya kepada umum pada 1 Januari 2008.

Gua Kelam terkenal kepada umum bermula dengan penemuan bijih timah bermutu tinggi di dalam gua oleh pelombong-pelombong cina di pertengahan abad yang lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Pelombong-pelombong terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.

Pengurusan Gua Kelam telah diletakkan dibawah Unit Taman Negeri ,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan beroperasi pada hari Selasa sehingga hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pada hari Isnin pula operasi Gua Kelam ditutup bagi menjalankan kerja-kerja penyelengaraan di dalam bangunan dan sekitar kawasan. Seramai 8 orang pekerja telah ditugaskan disini bagi memastikan perjalanan Gua Kelam berjalan lancar.

Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini semakin kerap dilawati oleh pelancong dalam dan luar negerayang tertarik dengan sejarah perlombongan dalam gua dan masih terpelihara. Sejumlah lebih 3000 pelawat telah dicatatkan hanya dalam masa dua bulan iaitu antara bulan Febuari dan Mac 2008. Sebagai tambahan, Gua Kelam menerima kehadiran 20 kumpulan pelawat daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke institut pengajian tinggi.

Para pelawat yang ingin ke sini boleh memandu kenderaan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan teksi dan bas dari Kangar terus ke Gua Kelam yang mengambil masa selama 30 minit. Kadar bayaran yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan dan murah.

Tarikan yang terdapat di Gua Kelam

Terdapat pelbagai tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah.

Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter.

Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini.

Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini.

Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang.